Malay Language
Bahasa Melayu
Visi Bahasa Melayu
Arif Budiman – insan berilmu pengetahuan yang berbakti kepada masyarakat.
Objektif
Pada akhir pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah, murid dapat:
- mendengar dan memahami pengucapan dengan teliti dalam situasi formal dan tidak formal dan memberikan tindak balas atau respons yang wajar
- bertutur dengan petah menggunakan sebutan baku dan intonasi yang betul tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan diri dan sekitarnya
- membaca pelbagai bahan bercetak dan bahan media elektronik dan digital dengan menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh maklumat, idea dan pengetahuan serta memberikan respons yang sesuai
- menulis pelbagai jenis teks berdasarkan pelbagai tajuk dan untuk pelbagai tujuan, khalayak dan situasi
- berfikir secara kritis dan kreatif untuk meneroka, mereka cipta, menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan bersama dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara melalui penggunaan bahasa secara kritis dan kreatif
- mengenali dan memahami budaya dan nilai-nilai murni masyarakat Melayu serta budaya dan nilai-nilai murni negara dan kaum-kaum lain
- memupuk minat membaca dan menjadikannya amalan ke arah membina budaya belajar sepanjang hayat.
Kemahiran Bahasa
- Mendengar
- Bertutur
- Membaca
- Menulis
- Interaksi Lisan
- Interaksi Penulisan
Rakan Bahasa
Pada tahun 2021, Aleesya dan Muhammad telah dilantik untuk menjadi Rakan Bahasa. Sebagai Rakan Bahasa, mereka dikehendaki untuk berkongsi dengan rakan-rakan lain keratan akhbar, cerita- cerita dari buku cerita dan juga biografi tokoh-tokoh Melayu Singapura. Selain itu, mereka juga diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam peraduan video, NewsMaker. Setelah berjaya melaksanakan semua tugasan ini, barulah mereka diberikan lencana oleh pihak MLLPC dan NHB bagi mengiktiraf usaha mereka untuk memartabatkan Bahasa Melayu. |
Sayembara Jauhari
Sambutan Hari Raya Aidilfitri
Kegiatan Pembelajaran
Mother Tongue Fortnight