Malay Language
Bahasa Melayu
Visi Bahasa Melayu
Arif Budiman – insan berilmu pengetahuan yang berbakti kepada masyarakat.
Objektif
Pada akhir pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah, murid dapat:
-
Mendengar dan memahami pengucapan dengan teliti dalam situasi formal dan tidak formal dan memberikan tindak balas atau respons yang wajar
-
Bertutur dengan petah menggunakan sebutan baku dan intonasi yang betul tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan diri dan sekitarnya
-
Membaca pelbagai bahan bercetak dan bahan media elektronik dan digital dengan menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh maklumat, idea dan pengetahuan serta memberikan respons yang sesuai
-
Menulis pelbagai jenis teks berdasarkan pelbagai tajuk dan untuk pelbagai tujuan, khalayak dan situasi
-
Berfikir secara kritis dan kreatif untuk meneroka, mereka cipta, menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan bersama dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara melalui penggunaan bahasa secara kritis dan kreatif
-
Mengenali dan memahami budaya dan nilai-nilai murni masyarakat Melayu serta budaya dan nilai-nilai murni negara dan kaum-kaum lain
-
Memupuk minat membaca dan menjadikannya amalan ke arah membina budaya belajar sepanjang hayat.
Kemahiran Bahasa
-
Mendengar
-
Bertutur
-
Membaca
-
Menulis
-
Interaksi Lisan
-
Interaksi Penulisan
Rakan Bahasa
Tahun ini, Sarah Hannah dan Md Shukri telah dilantik sebagai Rakan Bahasa. Sebagai Rakan Bahasa, mereka dikehendaki untuk berkongsi dengan rakan-rakan lain bahan-bahan bacaan yang telah mereka baca seperti keratan akhbar dan cerpen. Mereka juga dikehendaki menulis sajak. Mereka amat bertuah kerana diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam peraduan video. Setelah berjaya melaksanakan semua tugasan ini, barulah mereka diberikan lencana oleh pihak MLLPC dan NHB bagi mengiktiraf usaha mereka untuk memartabatkan Bahasa Melayu. |
Pertandingan Cepat Tepat
Tahun 2022 adalah tahun yang bersejarah kerana Sekolah Rendah Hougang telah berjaya ke peringkat akhir bagi pertandingan Cepat Tepat. Pertandingan yang dianjurkan oleh MLLPC dengan Kerjasama MediaCorp itu telah diserta oleh lebih daripada 80 buah sekolah. Muhammad (6D), Aleesya Nadya (6E), Muhammad Danish (6D) and Muhammad Syafiq (6C), telah mengharumkan nama sekolah dengan mendapat tempat keempat dalam pertandingan tersebut. Sepanjang empat bulan, mereka membuat persiapan dan melalui proses penggambaran di samping tuntutan pembelajaran yang lain. Perjalanan ini tidaklah mudah, namun, usaha tersebut amat berbaloi. Syabas kepada mereka dan guru-guru yang sentiasa memberi bimbingan, sokongan dan tunjuk ajar kepada mereka.
Sambutan Hari Raya
|
|
Dwi-Minggu Bahasa Ibunda
|
|
|
|
Learning Journeys
|
|
|
|